Tentang kami

PERNIM logo
LOGO KBNAB

Profil persatuan

Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Nurul Iman Welfare Society for the Children of People Living With HIV/AIDS, Malaysia) berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada tanggal 17 Mac 2004 dan persatuan ini dikenali sebagai PERNIM. Nombor pendaftaran ialah PPM-007-14-17032004. PERNIM merupakan salah satu persatuan yang mendapat kelulusan pengecualian cukai untuk derma di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Rujukan pengecualian cukai untuk derma adalah 01/35/42/51/179-6.5776.

Seiring dengan kemajuan persatuan, Pengasas dan Yang Dipertua PERNIM iaitu Puan Hjh Norlina Hj Alawi terus bergerak ke hadapan dengan membuka Pusat Perlindungan PERNIM Bhd yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tanggal 26 Mei 2006 dan memegang jawatan sebagai Pengerusi serta Pengamanah Syarikat. Kini Pusat Perlindungan PERNIM Bhd telah ditukar nama kepada Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (KBNAB) dan nombor pendaftaran ialah 735282-B.

Sehingga kini PERNIM dan Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd di bawah kelolaan Hjh Norlina Hj Alawi yang memberi perlindungan, mendidik dan memberikan kasih sayang kepada empat puluh lima (45) orang kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti anak kepada pesakit HIV/AIDS, anak yatim piatu, anak tidak saf taraf, anak mualaf, anak orang Asli, anak bukan warganegara (Indonesia, Filipina, Afrika, Vietnam, Banglasdesh) dan anak daripada keluarga yang tidak berkemampuan.

Hanya enam (6) orang kanak-kanak sahaja yang didapati positif HIV dan tiga (3) di antara mereka telah meninggal dunia pada tahun 2009, 2011 dan 2015. Tambahan, beliau juga menjaga seorang (1) pesakit AIDS di peringkat akhir, bernama Siti Norhatikah binti Abdul Rahman sejak dari umur 9 tahun.

Kanak-kanak ini dibesarkan seperti anak kandung sendiri yang berkonsep keluarga besar. Mereka membesar dengan berteraskan pendidikan yang sempurna, didikan agama, akademik, moral, kesihatan dan mendapat kasih sayang daripada insan yang bergelar Ibu, Bapa, Kakak dan Abang. PERNIM dan KBNAB tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada setiap individu yang mendapat perlindungan di kediaman keluarga ini

Scroll to Top