objektif

Objektif persatuan

Objektif PERNIM dan KBNAB adalah untuk memberi perlindungan kepada anak-anak pesakit HIV/AIDS, anak yatim piatu, anak tidak saf taraf, anak mualaf, anak orang asli, anak bukan warganegara dan anak daripada keluarga yang tidak berkemampuan di Malaysia. Keutamaan diberikan kepada anak-anak pesakit HIV/AIDS yang kematian ibu bapa akibat penyakit HIV/AIDS, anak yatim piatu dan anak asnaf dengan berlandaskan objektif berikut:

Memberi perlindungan dengan memperuntukkan tempat tinggal secara berpusat atau bersepadu.

Menguruskan dan memberikan rawatan kepada kanak-kanak oleh doktor yang dilantik dan rawatan secara terus ke hospital-hospital kerajaan.

Memberi pendidikan dan kemudahan pembelajaran mengikut keperluan semasa.

Penerapan nilai-nilai murni dan keagamaan kepada kanak-kanak dan mengadakan kaunseling dan motivasi kepada kanak-kanak.

Membimbing kanak-kanak ke arah kehidupan cemerlang dan berdikari serta memberikan mereka kasih sayang sebagai satu konsep keluarga besar.

Memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menganggap pesakit HIV/AIDS dan juga anak anugerah ini (anak asnaf) sebagai bukan suatu yang menakutkan dan sanggup menerima mereka dalam kehidupan mereka.

misi & visi

Misi

Memberi perlindungan anak-anak pesakit HIV/AIDS dan anak-anak anugerah dari segi emosi, pelajaran, kerohanian, kasih sayang, moral, kesihatan, berdikari, mempunyai jati diri dan berjaya di masa hadapan.

Visi

Memastikan anak-anak pesakit HIV/AIDS dan anak-anak anugerah tidak terabai walaupun kehilangan ibu bapa kandung dan membesar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat serta berupaya menyumbang kepada pembangunan negara.

Scroll to Top